Sunday, March 17, 2013

Sekuntum mawar merah pengikat cinta Episode 3


Seminggu berlalu, setelah masing2 kembali kepada rutin harian kami berkumpul semula untuk majlis makan malam rasmi. Majlis kali ini tidaklah santai seperti yang lalu. Aku jadikan Dean teman aku, hari tu aku beritau kak BB , saya bawa Dean yer..menempah tempat untuknya ...Selesai mendaftar aku melangkah masuk dewan yang masih kosong, terpandanglah aku bunga mawar merah...megah menghiasi meja2 tetamu..Dari tangan anak2 yatim ke dewan yang gah...memanglah mawar merah ini pengikat cinta...aku duduk merenung sekeliling...cantik sekali ..aku berbisik..memang syahdu kalau di ingatkan dari mana bunga ini datang...terbayang jejari runcing mengadun setiap satu bunga ini..



Terjaga dari angan apabila tetamu2 mula memasuki dewan ..mencari nombor meja yang telah di tetapkan...Aduh...kenapa aku di tempatkan dengan orang asing? keluh ku ..aku mahu duduk dengan adik beradik lain...dalam geram aku membuka door gift atas meja dan terlihat kek...makan sajalah bisikku...sedap chocolate moist cake ni.yum yum kata ku sendirian...tapi aku mahu duduk sana...ish ish ish... aku terdengar satu suara garau di belakang...Is our seat here? dan terpandang Noorkumalasari..dia tersenyum girang...di suatu masa dahulu aku hanya bekerja di bidang itu bila aku ada mood...kita pernah berjalan satu runaway tapi tak mungkin dia ingat... aku ni macam biskut lepas saja assigment aku cabut dan waktu itu aku tak comot tau ...


Tapi seperti biasa dia sangat ramah...kami berbual seketika, tepat waktu solat Noor meminta diri untuk keluar...dan aku yang nakal tak boleh duduk diam berjalan ke meja sebelah..di situ kak , kak Kiah dan adek beradik ku yang lain leka bersembang...hantam sajalah bisikku ..aku tak mau duduk di sana...oleh kerana itu dua meja itu kucar kacir dan aku?? buat muka selamba dan teringat pula cake dalam kotak sana sudah aku makan .yg kat sini ada lagi ..waaah dua kali makan kek...aku memang nakal sebab itulah kakak2 aku selalu menjeling aku..teringat zaman kanak2 selalu kena marah tapi aku faham ..aku memang sangat baik ehehhhe..mengimbas kembali satu ketika dahulu aku selalu di tugaskan oleh Pengetuaku di Jamiiyah mengiringi def2 kehormat termasuk Tuanku, pada waktu itu aku hanya boleh tertunduk hormat diam seribu bahasa walhal dalam hati aku meronta2 mau ku buang kasut tumit tinggi dan berkaki ayam.Tersedar aku dari lamunan... terpandang eh..berapa kain lap mulut aku ada ni? dari sana aku bawa dari sini pun ada...ish buat tak tau jelah...dan seperti biasa

Kami pun bergambar kenangan





Sejurus selepas itu majlis pun bermula,...doa yang sungguh syahdu di baca oleh adikku Rosly..suara Rosly adalah suara abah..yang sering ku dengar kala aku di denda kerana kenakalan ku..aku duduk di tepi abah yang  menghukum aku tidak boleh bergerak dari maghrib sehingga dia selesai solat isyak , setiap kali abah berzikir aku turuti dan aku pasti Ya Latiff itu untuk membentuk ku... Sebak di dada seketika,.majlis berjalan lancar dan setelah tamat kami membawa haluan masing2..berpeluk pelukan sebelum pulang...Aku tak tahu siapakah di antara kami yang akan pergi dulu ...selamat tinggal aku ucapkan dengan pelukan hangat membawa sebuah memori indah pulang

4 comments:

: '...pernah berjalan satu runaway' means walking down the catwalk?

: I can still notice that the skills u acquired on the catwalk back then are still noticeable even till now - in the way you posed for photographs..

hopefully its positive...I walk the runaway to earn some money for joli katak...i can easily aquire good money doing an hour stint...wolf or no wolf who cares eheheehe

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More