Minggu terakhir Februari di penuhi dengan agenda perkahwinan puteri kepada abang Ramly...Dua bulan sebelum tarikh nikah Kak BB (istri abg ) telah menyuarakan hasrat untuk memiliki bunga telur mawar merah kertas..maka kak Enah pun bersama tenaga anak2 yatim Barakah di Teluk Intan mula membuat bunga telur..Proses membuat bunga telur ini saya abadikan di sini dan saya anggap ianya adalah sumbangan tak ternilai dari anak2 didik Al Baraqah..
Setibanya bunga mawar di KL ...ianya di tempatkan di Puncak Alam rumah kak Enon..berkotak2 bunga di susun kemas...hari Jumaat sehari sebelum kenduri aku pun di minta turun untuk menolong merebus telur dan mengikat tali untuk menjadikannya kuntuman mawar ini bunga telur..
Setiap satu kuntuman mawar di belek di ikat dan di isi telur...proses membuat 500 kuntum ini mengambil masa dari 8 pagi hingga 6 petang..Okeylah ..kata sis mizah malam ni kita makan nasi beriani..tetapi kuntuman bunga mawar ini enggan bekerjasama..banyak perlu di perbaiki ...dalam masa yang sama separuh telah di hantar ke rumah abg di Damansara Height..Berhempas pulas menyiapkannya...dalam nada bergurau kami berkata ..ini untuk abg tersayang..setelah sekian lama dia menunggu baru nak dapat menantu ..dah dapat menantu nak cucu...gurauan itu nyata meringankan beban....jam 6 petang barulah semuanya langsai..4 biji kereta bergerak bergilir2 untuk menghantar bunga telur mawar ini ..smuanya terpaksa di lakukan berhati2 tidak boleh tertindih atau terperosok bimbang nanti hilang kecantikan bunga mawar ...Sampai di rumah abg kelihatan beberapa kumpulan pekerja menyiapkan hiasan rumah..di tingkat atas di bawah di perkarangan rumah ...teratur kemas smua menjalankan tugas masing2. Setelah bersembang seketika kami pun meminta diri ..dalam perjalanan pulang kami singgah ke warung nasi beriani malang sekali nasi beryani yg di janjikan sudah kehabisan ...Kami pun menjamah apa yang ada ..soup dan roti ..terlalu keletihan kami .tidak sabar untuk pulang dan memeluk bantal..Berakhirlah hari yg amat lelah untuk kami ..
7 comments:
Salam untuk semua penghuni al-barakah,
wkumasalam abg...apa kabar..lama menghilang diri ..
I remember l used to have a friend yang pandai dengan kerja tangannya ..bila ada tempahan perkahwinan ...hantaran dan pelamin dia mula sebuk dengan kerja tangannya yang unik..
and what happpen to the fren? still at it or something else happened?
She still on it ..actually saya officemate husband dia...l've made a big mistake...l fall in love with her husband..masa tu saya mengalami krisis rumah tangga tapi her husband banyak menasihati l and l rasa macam l perlu someone like him..seorang yang soft spoken rajin and bertanggung jawab orangnya ...kesedihan saya hilang bila bercakap dengannya..keluarga mereka nampak sungguh gembira dan bahagia .. alangkah seronoknya sekiranya saya berada ditempatnya..saya betul2 menyesal dan memohon maaf pada dia, yang membuat saya rasa terharu bila dia mendapat tahu perkara ini dia dapat menangani dengan tenang sekali..dan masih boleh bertegur sapa dengan saya malahan menasihati saya lagi...saya rasa mengapa harus saya mengkianati persahabatnan ini.
Sorry la kak...mencurahkan perasaan pulak...
sungguh murni hati dia..kita berharap kita pun begitu...sesungguhnya semuanya telah di tetapkan ..syurgalah tempat sang istri begitu...kak pun mungkin tak pemaaf seperti itu..namun kita tidak boleh mengalah dengan perasaan ..anyway tahap kemaafan itu berbeda2 dengan keadaan...bagi akak jika pekara tu dah berlalu dan boleh melupakannya itu adalah langkah yang terbaik...tahniah dik berjaya melawan nafsu...adik jugak seorang yg ikhlas meminta maaf kala tersedar..yang penting berterus teranglah jika mahukan persahabatan itu berterusan...adik seorang yg berani..
Post a Comment