Apabila kita merenung sesuatu dengan ikhlas, emosi kita pasti tersentuh .... dan jika kita merenung di sekeliling kita dengan teliti... segalanya seolah2 bercerita tentang sebahagian hidup kita....
Tin biskut mak....dulu2 mak membeli biskut dalam kuantiti yang banyak untuk kami..tin-tin ni kami selongkar bila terasa lapar.di cicah dengan teh atau milo..apabila menghadiri sebuah kenduri aku terpandang tin ini .yang telah di cat dan di hiasi bunga2 dan bumblebee...di letakkan di atas meja berhias cantik..dahulu tin ni mak sorok bawah pangkin, kalau tidak akan habis cepat...waktu aku masih kanak2 aku selalu lapar walaupun badanku kurus seperti lidi..
Didalam tin biskut ini berisi muruku, Ini barangan kitar semula bisikku ...sungguh comel dan kreatif, di letakkan disuatu sudut seolah2 kita di tea party. Sudut ini di sediakan untuk tetamu yang hanya mahu makan makanan ringan ..atau di panggil dessert
Kemas dan teratur kan? begitu telitinya tuan rumah ini ... sahabatku Zuzana juga pandai menghias meja sehingga iannya kelihatan seperti di Mad Hatters party...
Apabila aku melihatnya, aku merasakan seolah2 aku berada di sebuah parti kanak2 yang riang, kuih2 comel turut berada di situ bersama balang2 biskut
Teringat aku zaman kanak2 aku selalu bertemankan buku2,..... merekalah teman sejati...apabila dewasa sukar mencari yang benar2 memahami..sedapnya dapat makan kek cokelat....tiba2 pulak kesitu...itulah akibatnya melihat gambar2 ni...nyum nyum....sedap....aku ingin mengingati yang manis2 sahaja tentang kehidupan ini..entah esuk lusa aku akan pergi meninggalkan dunia ini pastinya aku tidak mahu mati dengan membenci sesiapa...aku maafkan diri aku sendiri kerana tidak sempurna untuk orang lain menerima...aku nekad tidak membenci, membalas dendam atau menyakiti sesiapa..Bahagialah smua orang yang ku kenal hendaknya ...aku menerima takdir dan belajar memahami bahawa walau di didalam apa2 situasi pun aku tidak akan keseorangan...semoga tiada siapa membenciku.....biarlah hidupku berakhir dengan melafazkan kalimah.syahadah ...ampunkan aku ya Allah.terlalu banyak khilafku..Berakhirlah sudah hari ini....seharian aku mengemaskini blog2 ku ...masa untuk kematian kecil....insyaAllah esuk jika aku masih bernyawa.........kita.jumpa lagi
.......
2 comments:
Terima kasih sudi singgah blog makchaq.
Majlis kenduri la ni macam2 side hidangan disediakan. Siap bergerai2 lagi, gerai candy, gerai laksa, mee rebus, kuih muih, cendol, ais kacang..
Bersungguh tuan rumah nak rai tetamu kan..
terima kasih makchaq...sekarang ni tuan rumah sangat kreatif ..mungkin juga di antara tetamu tu kanak2 kecil pastinya kanak2 ke meja candy dsbnya...jmpa lagi di blog makcaq...
Post a Comment