Thursday, March 28, 2013

Bilik suram bantal busyuk

Dean ikut abah dia ke Langkawi, walaupun dia dah beritahu pada abah dia...dia ada  kelas pagi tadi dan dia hanya ada esuk untuk cuti...Sabtu pagi ada seminar Keusahawanan tetapi abah dia nak jugak dia ikut ke Langkawi.So tadi dia dah berangkat..Qistina final exam balik dari kl semalam dia  batuk,cuti 3 hari di kl dia merayap.ramai kawan2 telefon...fofular betoi.....hari tu kami keluar makan bertiga....aku wat lawak cucuk cucuk makanan (biasalah aku kan) dia kata mummy ni mcm budak kecit...haa ni peluang nak balas balik....aku jawab...yelah mummy budak kecit kul 7 malam dah sampai rumah ...na dah tua kul 12 belum balik lagi kan...senyap seketika...herot2 mulut masing2 menahan ketawa...Dean dulu ketawa...dan Qistina ikut sama ...aku selamba pandang muka dia......haaa jawab ngko....kih3

Letih tak bis lagi konon ingat tarzane kat Lenggong ari tu tak hingat donia...padan muka aku..aku suramkan bilik...tv dah lah berkurun tak pasang...radio...hmm langsung tak bersuara....the best in life bersendiri..takder sapa nak suruh aku mandi ...suruh aku masak ..lepak saja....baca buku ...apabila lapar rasa nak makan ..kring2 kedai bawah suh antar makanan...heaven...I love my life


Nyiow dan bantal peluk menemani ...golek sana golek sini ..angan2..amboi ...wat apa yang wajib, lompat balik atas katil...hari hujan pulak tu ....semalam makan2 dengan kawan2 ..balik singgah pulak ngeteh..kul 2 baru jumpa bantal busyuk...mm busyuknya bantal ...aku makan lauk jer semalam kemudian aku hantam minum kopi..mana tak nya senak perut walaupun aku hanya makan  lauk sahaja tetapi berjenis2..pagi tadi mengosongkan balik perut  dibilik kecil.ini gambar aku dan sahabatku Zana...di lobby..Zana meminta adek tangkap gambar kami....dia tersengih aku lagi lah nak terburai ketawa...pandai dia wat lawak




Sedang cameraman tangkap gambar aku nampak boss berjalan melintasi , aku buat peace kat boss..snap!! dah gambar macam kanak2 ribena..ni mesti aku kena kutuk kalau Qistina nampak gambar ni..tapi.....alaaa aku tau camner nak kutuk dia balik ...Sekian lah saja...cerita ceriti aku hari  ini ...

Tuesday, March 26, 2013

Hari Sabtu yang lalu aku ke Ipoh bertemu sahabat karib ku ..kami berdua telah bersepakat ke Lenggong menghadiri kenduri kawin di sana...sebelum kesana kami pun singgah ke Chemor untuk makan tengahari...memenuhi undangan seorang teman..Perjalanan dari Kl seawal 6.30 pg dan aku pun tiba di Ipoh jam 10.30 pagi ..Sesampai di rumah Chu di Chemor aku melihat Chu telah menghidang makanan tengahari untukku ... masak tauchu kegemaranku bersama sambal belacan...kami pun duduk menjamu selera ...

pertama kali ku makan masak kicap lobak putih

Sedapnya gulai tauchu itu ...aku suka yang berkuah, tambahan pulak kalau lepas habis nasi hirup kuah yang berbaki...aku tak lama di Chemor meminta diri untuk  meneruskan perjalanan ke Lenggong...sepanjang perjalanan menyusuri kampung2 .jauh dari hiruk pikuk bandar..Sesampai kami  di Lenggong kami terus ke rumah sahabat kami di Kampung Gua Badak. Teringat aku Qistina yang aku tinggalkan..budak2 sekarang dah tak mau ikut mak ke mana2..menurut Qistina tak seronok ..mumi dengan kawan- kawan mumi berborak ..hmm oleh itu terpaksalah aku tinggalkan dia..suruh dia ke rumah abah dia tak mau .....

Dulu2 Dean belajar di sini

Titi kayu yang masih di gunakan

Penyediaan menu autentik Mandailing

Tuan rumah di Lenggong

Bulung Gadung Naduda

Tuan Haji Imam Shaaban

Ida Shaaban...anak kepada Imam Shaaban


My babies ..perasaan rindu pada mereka tak pernah hilang...terkadang bila aku terleka dengan dunia ku mereka datang memeluk mencium dan menyedarkan aku dari lamunan..Dua hari di Lenggong menyeronokkan..mandi sungai, berjumpa koum-koum Mandailing di kampung Gua Badak ...makan dan makan lagi ..sehingga tengahari terakhir aku di sana...aku masih lagi di hidangkan dengan berbagai jenis masakkan kampung..lewat tengahari kami pun pulang ke Ipoh..terasa teramat letih ..tetapi di himpit rindu pada kampung yang ku tinggalkan..

aku panjat pokok

Friday, March 22, 2013

Happy Birthday

Aku menunggu dengan penuh debaran saat Qistina pulang ...rindu padanya...hampir waktu magrib terdengar ketukan pintu.. di sebalik daun pintu dia tersenyum girang....mummyyyyy!!! Sebelah tangan di hulurkan kotak Secret Recipe...Happy Birthday Mummy...mana Dean? Haa tu lah soalan wajib. ...kemudian terus di terkamnya aku...hampir tumbang dibuatnya, di gomol ciumnya dan masuk ke rumah.....saya lapar...kata2 dia tu membuat naluri keibuan ku tersentuh...balik rumah mesti lapar...jom abg dah order pizza ..hmmm macam Na tau jer beli kek...ni brownies lah mummy ...aduhhh aku mak ker dia mak....

comot sikit, tentunya dia berjalan lenggang kangkung...

Sambil menjamu selera kami pun bersembang ..catch up time...Detik2 yang membuat aku sangat bahagia...kehidupanku terasa amat sempurna kala mereka ada bersama ku...alhamdulillah...

Tuesday, March 19, 2013

Seoul Garden


Jalan-jalan cari makan....hairan ya kalau aku di pelawa untuk keluar pastinya di jamu makan ..aku belek muka ku di cermin tak nampak pun macam orang Afrika cengkung dan tak bermaya ..tetapi setiap kali keluar bersama rakan mereka akan menjamu aku makan ....rezkiku ..ini kali kedua aku ke Seoul Garden Festival City. Aku suka tempat tu ..crowd tak ramai dan mudah parking....masuk sajake situ aku merasakan aku di dapur aku sendiri.lewat jam 3 petang kami pun bersetuju untuk menjamu selera...



Monday, March 18, 2013

Dimensi kata dan rasa

Apabila kita merenung sesuatu dengan ikhlas,  emosi kita pasti tersentuh ....  dan jika kita merenung di sekeliling kita dengan teliti... segalanya seolah2 bercerita tentang sebahagian hidup kita....


Tin biskut mak....dulu2 mak membeli biskut dalam kuantiti yang banyak untuk kami..tin-tin ni kami selongkar bila terasa lapar.di cicah dengan teh atau milo..apabila menghadiri sebuah kenduri aku terpandang tin ini .yang telah di cat dan di hiasi bunga2 dan bumblebee...di letakkan di atas meja berhias cantik..dahulu tin ni mak sorok bawah pangkin, kalau tidak akan habis cepat...waktu aku masih kanak2 aku selalu lapar walaupun  badanku kurus seperti lidi..


Didalam tin biskut ini berisi muruku, Ini barangan kitar semula bisikku ...sungguh comel dan kreatif, di letakkan disuatu sudut seolah2 kita di tea party. Sudut ini di sediakan untuk tetamu yang hanya mahu makan makanan ringan ..atau di panggil dessert

Sunday, March 17, 2013

Mencari pelangi...mengapai mentari

Sesudah selesai event di Langat aku pulang dengan hati legaa dan badan yang letih...alhamdulillah segalanya selesai ..aku boleh tidor nyenyak sekarang...sesampai di rumah terus ke kamar melabuhkan badan dan terus lelap...lupa janjiku untuk melihat pelangi dan matahari terbenam.... Din mengejutkan aku dan terlihat jam sudah hampir 5 petang....aduh..janji nya jam 4.30pm ..well its fashionable for a man to wait ya...setelah menyarung baju yang tidak perlu di gosok aku bingkas turun menaiki kereta yang telah lama menunggu...aku ingin ke pantai melihat matahari terbenam ..namun...terlewat ...

melintasi litar sepang, terlalu sibuk hari ini ..

aku hanya sempat melihat mentari terbenam di jalanan 

Tak usah bimbang ujarku ...kita relak saja..almaklum ini untuk santai ..buat apa kita nak tension2 kan..
Kereta terus meluncur ke destinasi..singgah sebentar untuk solat dan meneruskan perjalanan...damai rasanya bila kami menyusuri kawasan kampung ..indah dan tenang. Sesampainya di pantai hari sudah makin gelap tetapi langit masih bercahaya...aku berlari2 di gigi pantai dan merasakan diri amat riang dan bebas..






.

Sekuntum mawar merah pengikat cinta Episode 3


Seminggu berlalu, setelah masing2 kembali kepada rutin harian kami berkumpul semula untuk majlis makan malam rasmi. Majlis kali ini tidaklah santai seperti yang lalu. Aku jadikan Dean teman aku, hari tu aku beritau kak BB , saya bawa Dean yer..menempah tempat untuknya ...Selesai mendaftar aku melangkah masuk dewan yang masih kosong, terpandanglah aku bunga mawar merah...megah menghiasi meja2 tetamu..Dari tangan anak2 yatim ke dewan yang gah...memanglah mawar merah ini pengikat cinta...aku duduk merenung sekeliling...cantik sekali ..aku berbisik..memang syahdu kalau di ingatkan dari mana bunga ini datang...terbayang jejari runcing mengadun setiap satu bunga ini..


Friday, March 15, 2013

Sekuntum mawar merah pengikat cinta Episode 2


Subuh, dingin di rumah sis Mizah..sunyi sepi ... Danial anak saudaraku sudah anak teruna, terdengar suara2 di luar kamar dan aku pasti itu mereka keluar bersama2 ke masjid, saban subuh  jika mereka tidak mempunyai tugasan yang membawa mereka ke luar daerah pasti mereka bersama, bermunajjad, beriktikaf dan berjemaah di masjid...mereka tidak menganggu ku. Tersangat maklum aku selalu di bilek hanya akan keluar bila aku selesai tanggungjawabku..Ku renung sepasang kebaya yang siap di gosok, teringat kata2 ku apabila Mizah memberi kain itu, yang ni kak BB bagi for you...Erk?? apa ni? kain untuk kebaya? balasku..adoiya u know aku tak suka ni .."Ish3, ujar Mizah org dah bagi pakai jelah"

Setelah selesai tugasan kendiri aku pun bersiap2 untuk ke rumah abang, pagi ini akad nikah, di susuli oleh jamuan makan hanya untuk saudara mara, teman2 rapat. Keluar dari bilek ku lihat sis Mizah di dapur dia tak pernah culas tanggung jawab, " mari kita bersarapan ringan, ujarnya" aku pun berkata..its okey I will make my own coffee and some toast....lantas dia menjawab, yelah..Man (Her Hubby) suka susu so i guese its better that way..kami pun berlegar2 di dapur menyiapkan apa yang patut di hidang...Tepat pada masanya Man, Danial dan Dean turun bersama2 berbaju melayu kemas, Kami pun duduk bersama2 bersarapan..We have to go now ujar Man, u know tok Khadi cant wait for us...we have to be there by 9 am..so off we went me n Mizah in her car...Man, Danial and Dean in the other.

Man, Mizah and Danial

Thursday, March 14, 2013

Sekuntum mawar merah pengikat cinta episode 1


Minggu terakhir Februari di penuhi dengan agenda perkahwinan puteri kepada abang Ramly...Dua bulan sebelum tarikh nikah Kak BB (istri abg ) telah menyuarakan hasrat untuk memiliki bunga telur mawar merah kertas..maka kak Enah pun bersama tenaga anak2 yatim Barakah di Teluk Intan mula membuat bunga telur..Proses membuat bunga telur ini saya abadikan di sini dan saya anggap ianya adalah sumbangan tak ternilai dari anak2 didik Al Baraqah..





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More