Thursday, August 15, 2013

Prelude to Eid Mubarak

Hari raya yang lalu, keseorangan pulang ke Ipoh, keseorangan sebagai seunit famili, kakak2 tidak membiarkan aku di KL...pesan memesan siapa yang akan mengambil aku bawa pulang ke Ipoh, mereka sudah di maklumkan anak2 tidak ada bersama aku ..(ex-hubby) sudah meminta izin untuk mengambil mereka...aku terima dengan redho kerana?? dia sangat bertanggung jawab dan juga aku terikat dengan perintah mahkamah...4 hari sebelum hari raya sudah berada di Puncak alam , setiap malam beriktikaf dan solat terawih bersama my 2 sisters..lepas terawih mencari mereka almaklum apabila terdengar laungan imam rapatkan saf luruskan saf kami berpecah mengisi ruang kosong masjid..selalunya solat Isyak, solat terawih dan solat witir berasingan ..namun setelah selesai kami akan berkumpul untuk bersama2 mendengar tazkirah .kemudian kami akan ke dapur surau minum teh tarik makan kueh2 yang ada..alhamdulillah syukur masih di beri kesempatan untuk bersama2..



Satu kemestian setiap ramadhan kami akan meluangkan masa untuk berbuka di rumah abang Ramly, Seperti biasa kami akan bersolat bersama2 dan mengadakan tahlil untuk mak dan abah, acara ni adalah semacam prelude setiap tahun sebelum berbuka puasa terakhir di Ipoh, rata2 yang hadir adalah dari kalangan kedua belah famili,kami dan dan famili Kak BB ....kemeriahan tersangat di rasai.  Petang itu saya dan sis Mizah terfikir apa kah yang sesuai untuk dibawa ke jamuan berbuka, sedang kami memandu di sekitar kampung2 di Puncak Alam kami ternampak ubi kayu, maka tercetuslah idea untuk silua kami iaitu rebus ubi kayu cicah sambal tumis ikan bilis ..aku dan idea aku hik3


Seronok betul berkumpul ramai2 ni...garden party buka puasa ...di samping catch up sembang dengan famili, gelak tawa menghiasi waktu terluang , perfect prelude to Hari Raya

Cutting of birthday cake







Alhamdulillah smuanya berjalan lancar, perut kenyang, hati pun senang ...esuk hari yang baru , sedang aku menyuap makanan teringat my two children, aku pasti mereka rindu juga pada aku ..terutama bantal busyuk aku tu...kalau hari raya pasti dengan aku bersiap pagi2 dan huluran dan ciuman yang pertama adalah dari dia...tapi...aku yakin dan pasti my ex akan menjaga mereka dengan sebaik mungkin malah aku tahu dia akan over manja Q..tidur aku tak lah senyenyak selalu tapi aku redho dalam duka maklum hari raya kan siapa yang tak mau anak2 bersama?


they will always be my baby


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More