sepi sesespinya bila aku melangkah masuk ke rumah. Tiada suara2 yang mendominasi ruang tamu. Baru sedar bila aku meninggalkan Dungun secebis hati aku juga di tinggalkan. Kala kereta meninggalkan Dorm berpunyi message masuk...Mummy I love u so much..Berderai airmata yang ku tahan...aku faham benar Qistina terasa kehilangan yang teramat sangat, tak tertahan rasanya sebak di dada..aku dan Dean diam seribu bahasa...memulangkan kereta sewa dan seterusnya ke Bus station untuk menaiki bus pulang ke Kl..kala itu ku lihat Dean menyeka airmata...walau tersenyum derai airmata tumpah tanpa dipinta...Hati kecilku berkata..Ya Allah Engkau telah meminjamkan dia untukku selama 17 tahun dan puteriku itu telah memberi laluan kepada abangnya untuk mengejar mimpi seawal berumur 13 tahun....Bantulah aku meredhoi perpisahan ini ...aku hanya insan yang lemah Ya Allah.....Setiba di Kl aku demam seharian dengan panadol berseorangan.Dean?? dengan keterpaksaan berkorban seperti biasa menemani abahnya ke majlis2 rasmi ...bermalam di rumah abahnya...tinggallah aku keseorangan di rumah itu ...tapi aku bangun kuat dan dengan menyimpan kekuatan itu untuk meneruskan hidup ...sesungguhnya Allah Maha Adil.......
Bangun makan pagi ringkas roti dan milo O...aku tak berdaya memenuhi undangan kenduri di Langat..tidur balik ...Jam 6 petang ada mesyuarat gerak kerja di Gombak ..kelas tor tor ku pula harus di selengara...aku tinggalkan segala duka nestapa dan fokus kepada kerja...biar aku letih fikirku dan segalanya akan terubat..masa adalah yang terbaik untuk itu..Syukur segalanya berjalan lancar dan aku kebah demam...
4 years ago
11 comments:
Syabas
KM punya harta yg sangat berharga iaitu anak-anak. InsyaAllah mereka akan sentiasa memberikan kebaikan kpd KM dari dunia hingga akhirat. Segala ujian yang KM lalui semakin membuat KM menjadi jutawan akhirat. Kesabaran KM itulah yg menjadi Ringgit KM di akhirat nanti.
terimakasih....bagai memberi semangat di hari yg kelam....
insyaAllah ...kita semua yang kita lalui ini bagaikan kenangan manis ..trimakasih sudi singgah ...
sis..
emsem la mamat yang pakai t shirt cekelat tu..
yang duduk tengah-tengah antara tok duan dengan pakcik seman baba tu..
hikhikk!
nak berkenalan ker..sis kenal dia tu ....eheheh..
Berpisah dengan anak2 memang perit tetapi mereka mempunyai cita2 yang mahu dikejar. Kita ni kadang2 lupa yang mereka bukan selamanya bersama degan kita.
Anak kpah nak balik cuti isra' mi'raj ni walaupun cuti hanya sekejap. Diorang pun macam kita juga.. rindu..
ehh..
tak jadi la sis..
hikhikk!
nice post...
singgah blog sy, mari saling follow agar terjalin silaturahmi :)
terimakasih atas komen ...dan marilah kita bersiratulrahim
terimakasih ibundo....kata2 semangat kak pah sangat terkesan buat saya....menyedarkan saya dari lamunan.....jumpa lagi di lain rencana
Post a Comment