Semalam yer semalam .....bangun seawal 4 pagi begitulah hampir setiap hari ..dan tidur seawal jam 8 malam ..aku sebenarnya boleh mengawal waktu dengan baik ..kenapa bangun awal? ...di waktu pagi segalanya tersangat fresh dan sunyi....di waktu itu aku bangun dan terus mencapai air yang selalu di letakkan di sebelah tempat tidur ku ...dengan ayat2 surah al waqiah aku memulakan hari aku amalan ini telah aku lakukan dari akhil baligh..ingin aku kongsikan di sini .
[35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
InsyaAllah cubalah...
semalam ya berbalik kepada semalam ...aku sibuk membuat kerja2 MM ...meng update blog2 ku dan berkhayal...ehehe..benar aku berkhayal ...bilamana di sunyi itu ...aku juga berbisik2 di tikar itu memohon keredhoan nye supaya aku tidak lupa dan alpa lagi ...aku tidak riak aku tidak berbangga dengan diri aku ....tiba2 sekitar jam 4.30 pagi telefon berdering...kedengaran suara garau..." mari kita minum kopi" ...okey ..marilah ...tetapi saya tak mandi okey ...dia pantas menjawab okey saja..
Di kedai santai bersembang ...lama berbicara tiba2 dia berkata...ramai org tahu Allah tapi tidak tahu ilmu Allah ...dan apakah yg ada pada diri u skrg yg milik u?? ...aduh sudah mula ..namun aku dengar dengan teliti segala yg di bicarkan amat berharga ...kerana insan ini telah menyerahkan segalanya untuk redhoNya..
Sejam setengah kami di situ pengisian seolah2 kuliah subuh..pengisian yg amat padat dan mendalam ..Ya Allah engkau senantiasa menghadirkan seorang hambaMu untuk mengingatkan aku ...dan sebelum aku melangkah keluar dari kereta dia berpesan ..jadilah hambaNya bukan kuli okey?? Yer aku faham maksudnya....
kembali ke kamar mengetuk2 keyboard menyudahkan kerja..sambil berfikir...sebenarnya aku di pinjamkan kasih sayangnya untuk di beri kepada org lain ..sepatutnya segala kasih sayang yg aku terima kembali membuatkan aku menjadi org yg lebih bijaksana...di manakah aku setakat ini? masih tercari2 kah aku jalan pulang??
Keinginanku ..ingin menginap kembali di rumah Anak2 yatim bersama mereka ....namun aku masih mencari di manakah peranan ku selepas ini ..apakah yang di rencanakan untuk ku ...aku akan menunggu dengan sabar ...tenteram jiwa ini apabila segalanya aku serahkan kepadaNya benar kata sahabat ku itu jadilah Hamba bukan kuli ......
2 comments:
heeheheh Tq share...follow anda :P
follow jugak.....
Post a Comment