Monday, September 5, 2011

Aku kamu dan perbezaan

Selepas berbuka nanti aku nak keluarlah ...aku nak berjumpa dengan si dia..." siapa tu?" orang misteri yang senantiasa di dalam hati ku kalbu ku ...Pantas dia menjawab" eh biar betul, selama ini kamu tidak pernah terpaut dengan sesiapa pun" Senyum memberi seribu makna yang tersimpan..Menunggu dengan penuh debaran di simpang jalan..Salam di beri dengan senyuman manis..." abg apa kabar? sihatkah?" Sebenarnya aku senang dengannya tetapi jauh di sudut hati aku tahu dia tidak sesuai dengan jiwaku ...mengapa? perbedaan pendapat yang amat ketara.. Adakah 2 jiwa yg berlainan arah boleh bersama sehati sejiwa?


Di suatu masa dahulu pernah aku mencuba menjadi yang terbaik untuk si dia...menjadi bayang bayang yang sempurna. Berbeda rasa namun di beri nafas baru untuk menjadi sama tapi tak serupa..walau hati memberontak waktu itu selalu berfikir syurga di telapak kaki suami ku ....puas meredah lautan bergelora bersama akhirnya rezki itu milik kami .di situ lah keadaan mula berubah ..

Benar kata mereka wang bukanlah segalanya tetapi wang juga boleh menjadikan kita manusia yang angkuh..Di sangkar emas itu aku terpenjara..zahirnya segalanya indah ..tapi bukan itu yang hendak di imbaukan ..sekilas pandang seperti hati perasaan boleh di jual beli ..setiap kali di pertontonkan pada umum yang terbaik ..walau pulang bersama senyuman yang indah di jadikan sandiwara..

Di suatu sudut anak anak yang masih kecil tak mengenal dunia ...dan di sudut yang lain my sanity my pride ..cukupkah itu untuk menjadi diri sendiri? Langkah demi langkah di atur keluar dari kepompong membelengu jiwa dan raga..akhirnya ....aku di lepaskan ...dengan lafaz di hadapan yang arif...aku renung kedalam diriku siapakah aku? hilang identiti hilang harga diri hanya untuk dia ..suamiku..Bertahun bersendirian menempuh badai bergelora ..akhirnya..mereka hampir mencuba menjadikan diri aku yang lain ...tidak mungkin aku akan mengalah kerana aku tahu setiap perkataan yang di lontarkan oleh mereka setiap janji yang di lafaz kan smua nya bohong belaka....aku yakin dari mula namun mengapa aku mencuba??

Mencari yang terbaik dari setiap manusia ...pengalaman ini mengajar ku kembali ...menilai manusia ...Setiap perbuatan ku dengan niat ikhlas di balas dengan belati yang di kilas dengan senyuman..Setiap pujian di hampar dengan duri yang tajam ..aku telah mencuba menjadi yang terbaik ..walau ramai lagi yang kurang baik namum aku juga yang di pertontonkan ..semoga segalanya ini berakhir ..melupakan kembali yang melukakan ..aku tahu aku mampu kerana I have been to hell n came back..



0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More